KDP 4 MINGGU 20 APRIL - 15 MEI 2009

Monday, May 25, 2009






























Kursus dijalankan di Institut Perguruan Guru Malaysia, Kampus Temenggong Ibrahim, Johor
Bahru selama 4 minggu bermula 20 April hingga 15 Mei 2009.

































Peserta kursus perlu memahami elemen bestari dan menerapkannya dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Kami perlu menghasilkan 4 RPH untuk diaplikasikan semasa Khidmat Sokongan di sekolah asal. Khidmat sokongan bermula 18 Mei hingga 29 Mei 2009 dan 15 Jun hingga 26 Jun 2009. Peserta kursus akan diselia oleh seorang penyelia yang dilantik tentang pelaksanaan Pembestarian Sekolah di sekolah masing-masing.

KDP 4 MINGGU LATIHAN GURU BESTARI PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

Saturday, May 23, 2009

Pembelajaran berasaskan projek yang diberi bimbingan dan tunjuk cara dalam Latihan Guru Bestari ini bertujuan untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Dalam Komponen A, peserta diberi bimbingan untuk memahami konsep pembestarian sekolah dan penghayatan p engajaran dan pembelajaran bestari yang diamalkan oleh guru dalam bilik darjah. Pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam Komponen B membimbing peserta kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran guru, pembinaan bahan sumber, perkongsian bahan dan tunjuk cara untuk memperoleh sumber melalui teknologi sebagai pengupaya. Komponen C bertujuan menghasilkan Pakej Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Bestari dan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) yang mengandungi elemen-elemen bestari dan pengintegrasian TMK.

Pembestarian Sekolah













Sekolah bestari adalah salah satu daripada 7 flagship MSC.

Apakah Pembestarian Sekolah?

Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi pengunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengaplikasikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologi maklumat. Komponen utama Pembestarian Sekolah adalah berfokus kepada pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Proses Pembestarian Sekolah ini akan dapat melatih guru dan murid berkemahiran dalam bidang ICT. Justeru, kemahiran yang diperoleh dapat melahirkan murid yang boleh mengamalkan pembelajaran akses kendiri (self-accessed), terarah kendiri (self-directed) dan kadar kendiri (self-paced).

PENGENALAN

Sistem pendidikan sedia ada perlu dimantapkan selaras dengan perkembangan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Beberapa penambahbaikan dalam pelbagai aspek perlu dilakukan supaya ianya berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pewujudan Sekolah Bestari merupakan satu senario dalam pendidikan alaf baru di Malaysia dan bersesuaian dengan perkembangan teknologi, sosial serta budaya masa kini. Perkembangan seumpama ini memerlukan sesebuah institusi pendidikan menggabungkan serta memberikan penekanan terhadap beberapa aspek, antaranya pengajaran dan pembelajaran berbudaya fikir, pemusatan kepada pelajar, penggunaan bahan teknologi secara bijak, strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, serta pengurusan sekolah yang efektif.

Sumber: http://www.moe.edu.my

Sekolah Bestari

Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
Komponen utama Sekolah Bestari adalah seperti berikut:

* Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
* Sistem Pengurusan Sekolah Bestari
* Polisi
* Sumber Manusia, Kemahiran dan Sikap
* Teknologi
* Proses

Komponen-komponen ini akan dinilai dan diubah untuk memastikan tahap kecekapan dan keberkesanan yang lebih tinggi.



 
Laman Bestari. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger