SGM (Standard Guru Malaysia)

Saturday, November 12, 2011

STANDARD GURU MALAYSIA SECARA ATAS TALIAN
Pengisian Standard Guru Malaysia telah dijalankan secara online. Sistem penilaian kendiri ini terbahagi kepada dua bahagian, pengisian oleh guru dan semakan oleh pentadbir.

PENGISIAN OLEH GURU
1. Log masuk ke Laman Web Rasmi Bahagian Pendidikan Guru di alamat berikut :
http://apps.moe.gov.my/sgm/
2. Masukkan Id Pengguna dan Kata Laluan seperti berikut :
Id Pengguna : Nombor Kad Pengenalan (Cth : 821111011234)
Kata Laluan : 4 angka terakhir No.KP (Cth : 1234)
3. Tekan butang Login.
4. Klik butang Instrumen dan pilih Standard untuk diisi.
5. Klik butang hantar setelah semua soalan dijawab.
6. Ulangi langkah 6 untuk menjawab Standard berikutnya.
7. Guru boleh melihat markah yang diperolehi dengan menekan butang Keputusan. Markah dipaparkan mengikut tarikh maklumat dimasukkan.


Sistem Pelantikan Pegawai Aset (SPPA)

Setiap sekolah perlu melantik dan mendaftar guru-guru yang dipilih untuk menjaga aset kerajaan di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset melalui laman web http://www.moe.gov.my/sppa.


Antara jawatan yang boleh dipohon ialah:
1. Pegawai Aset
2. Pegawai Pemeriksa
3. Lembaga Pemeriksa
4. Pemverifikasi Stor
5. Jawatankuasa Penyiasat
Tempoh lantikan adalah selama 2 tahun. Selamat mendaftar dan menjalankan tugas!

e-GTukar 2011

Permohonan Pertukaran guru Antara Bahagian/Negeri dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan dalam Daerah) bagi pertukaran Januari 2012 melalui sistem e-GTukar telah dibuka mulai 1 September 2011 hingga 30 september 2011. Kini, pemohon boleh menyemak keputusan pertukaran melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), http://apps.emoe.gov.my/epgo bermula 10 November 2011.
 
Laman Bestari. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger