Merdeka Raya Di Teratak Ibunda 2011

Friday, October 14, 2011

Suka Sama Suka

Wednesday, October 12, 2011


http://pertukaranguru.com/

Terima kasih kepada admin yang membina laman web ini. Sekurang-kurangnya guru-guru yang ingin berpindah dapat mengetahui status terkini guru yang ingin bertukar dan kekurangan guru mengikut opsyen di mana-mana sekolah. Ini memudahkan guru membuat pertukaran suka sama suka. Terima kasih...

Video ICT & Kemerdekaan - Liga Remaja Kreatif 2011

Saturday, October 8, 2011



Walaupun video yang dihasilkan tidak memuaskan dari segi suaranya, namun isinya sangat bermakna buat cikgu. Terima kasih...

Video Pertama - Liga Remaja Kreatif 2011


Video ini tidak dapat diteruskan kerana masalah suara dan pencahayaan. Kemudahan yang terhad menyukarkan pelajar untuk merakamkan video dengan jelas dan baik. Namun, tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang terlibat kerana bersungguh-sungguh melakonkannya. Anda sememangnya juara dihati cikgu!

Video Kedua - Liga Remaja Kreatif 2011

Video kali kedua mengenai nelayan, terpaksa dibatalkan sebab cuaca dan laut bergelora. Amat berbahaya bagi saya yang tak biasa dengan kehidupan laut. Tetapi anak-anak pelajar saya semuanya kuat jati diri mereka. Dengan bot dan fizikal mereka jelas terpancar kehebatan dalaman mereka.
Namun, disebabkan tiada perakam suara dan masa yang terhad, video ini terpaksa dibatalkan. Sayangnya...maafkan cikgu....

Inovasi Dalam P&P 2011


Tahniah kepada En. Mohd. Nizam kerana mendapat Johan dalam pertandingan ini semasa Karnival ICT di SMK Taman Nusajaya.

Pertandingan Pasang Siap Komputer 2011


Naib Johan, PSK, Karnival ICT Kali Kedua, Peringkat PPDJB, 11 Mei 2011, di SMK Taman Nusajaya.

Tahniah saya ucapkan kepada semua anak-anak pelajar tingkatan3 yang bertungkus-lumus berlatih dalam PSK. Walau sibuk dengan PMR, mereka tetap juara. Tidak lupa kepada juruteknik komputer SMKTA, En. Thaqib kerana sudi membantu dan mengajar mereka. Terima kasih saya ucapkan.
 
Laman Bestari. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger