Bestari bukan bermaksud menggunakan ICT semata-mata namun ianya cukup dengan pendekatan berpusatkan pelajar. Suasana bestari wujud apabila pelajar akses kendiri dalam sesuatu topik yang ingin dipelajari. Guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.
Persoalannya, adakah semua pelajar SMK Tanjung Adang mampu melakukannya tanpa 'suapan' bahan daripada guru? Oleh itu, gurulah yang seharusnya berusaha mendorong pelajar ke arah itu. Mampukah kita sampai di tahap itu?
Karnival ICT Anjuran Bersama PPJB dan UEM Land Zon Nusaya telah diadakan di SMK/SK Tanjung Adang pada 30 dan 31 Mei 2009. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang menjayakan program ini. Tahniah kerana kita semua telah berjaya mengendalikannya dengan baik.
Pemenang Pertama: Panitia Sejarah (Pn. Norazimah Jusoh, Pn. Rohazila Yon) Pemenang Kedua: Panitia Bahasa Inggeris (Pn. Raja Zainon Raja Zainal, Pn. Tengku Nurhana Tengku Sulaiman, Cik Asmahani Ahmad & Pn. Siti Fauziah Ismail) Pemenang Ketiga: Bidang Teknik Vokasional (En. Mohd. Nizam bin Mat Tanda, En. Zailani Taib, Pn. Julinah Wagiman, Pn. Shahrimah Mashahrin)
Tempat Pertama: Pn. Norazimah Jusoh & Pn. Rohazila Yon (Sejarah) Tempat Kedua: Pn. Tengku Nurhana Tengku Sulaiman, Cik Asmahani Ahmad, Pn. Fauziah Ismail & Pn. Raja Zainon Raja Zainal (Bahasa Inggeris) Tempat Ketiga: Pn. Rosmawati Yaacub & Cik Masturina Ibrahim (Matematik)