Dewan Eja Pro

Sunday, June 28, 2009

Dewan Eja Pro adalah perisian terbaru keluaran The Name Technology Sdn. Bhd.( ). Ia merupakan kombinasi yang paling sempurna daripada perisian Dewan Eja dan perisian kamus elektronik.
Kini, anda boleh menyemak ejaan bahasa Melayu dan menterjemah perkataan dengan perisian
Dewan Eja Pro! (http://www.tntsb.com)


Kaspersky


Kaspersky Lab merupakan syarikat yang membangunkan, menghasil dan mengedar maklumat atau produk penyelesaian sekuriti atau keselamatan yang menghadang ancaman IT dan membenarkan pengguna mengurus risiko yang timbul seperti anti-virus, anti-spyware, anti-spam dan anti-penceroboh. Kaspersky Lab, juga menyediakan produk dalam menghalang ancaman virus, pengodam dan spam untuk rumah(personal) dan syarikat (enterprise), juga menyediakan khidmat rundingan dan sokongan teknikal (http://www.kaspersky.com)

EDUWEBTV




Pelbagai berita, akademik, rencana, wawancara, kurikulum, interaktif dan siaran langsung disediakan kepada semua pelajar, ibu bapa dan para pendidik. Layari http://www.eduwebtv.com untuk maklumat lanjut.

Open Source

Open Source atau Sumber terbuka merujuk kepada beberapa prinsip dan amalan tertentu yang menggalakkan akses kepada reka bentuk dan proses pengeluaran barangan. Istilah ini biasanya digunakan pada kod sumber bagi sesebuah perisian yang boleh dilihat dan diubah secara bebas oleh orang ramai tanpa sebarang sekatan undang-undang harta intelek. Amalan ini membolehkan pengguna membangunkan perisian tersebut melalui sumbangan individu ataupun kerjasama orang ramai. Contoh sumber terbuka ialah OpenOffice (http://www.openoffice.org) yang sama fungsinya dengan Microsoft Office.

GIMP (The GNU Image Manipulation Program) ialah sebuah perisian penyunting grafik raster yang digunakan untuk memproses grafik digital dan foto. Kegunaan biasa merangkumi untuk mewujudkan grafik dan logo, gambar resizing dan mengeluarkan hasil, mengubah warna, megabungkan lukisan-lukisan pelbagai, melepaskan imej tidak dikehendaki ciri-ciri, dan penukaran antara imej lain format. gimp boleh juga diguna pakai membentuk asas format lukisan-lukisan hidup dalam Format GIF. Ia sering digunakan sebagai perisian bebas photoshop penggantian untuk adob, paling banyak industri editor bitmap telah digunakan dalam tulisan huruf demi huruf dan grafik; walau bagaimanapun, ia bukanlah dibentuk untuk menjadi klon Photoshop. Maskot projek ini diberi nama wilber. Download secara percuma di http://www.gimp.org.


Wikipedia

Wikipedia ialah ensiklopedia bebas. Sesiapun dibenarkan menyunting, memperbaiki, menambahkan informasi dalam sesebuah rencana di halaman tersebut. Pelbagai bahasa disediakan untuk semua pengunjung dari seluruh dunia. Layari http://ms.wikipedia.org/wiki untuk mengetahui kehebatannya!!

Peta Minda

Peta minda boleh dihasilkan dengan mudah, cepat dan menarik menggunakan pelbagai perisian yang ada di pasaran. Antara perisian yang boleh diperolehi secara percuma ialah Seavus Drop Mind (http://dropmind.com). Download perisian tersebut dan anda akan rasa betapa senangnya untuk merangka isi-isi penting...khas untuk pelajar-pelajar anda! Cubalah sekarang!!


Minggu Bestari

Friday, June 26, 2009


































Pelancaran Minggu Bestari oleh Cik Hajah Habibah binti Atan, Penolong Kanan Kurikulum,
SMK Tanjung Adang pada 22 Jun 2009.


P&P Bestari Bahasa Melayu

Wednesday, June 24, 2009















Pensyarah dari Maktab Perguruan Malaysia, Kampus Temenggung Ibrahim, Fakulti Bahasa, En. Mohd. Aris bin Anis.
















Pelajar-pelajar 2 Bijak membina persembahan power point berkaitan Sains Angkasa.
















Guru bertindak sebagai fasilitator, membimbing pelajar menyiapkan tugasan.































P&P berpusatkan pelajar. Pelajar mencari maklumat dengan akses kendiri dan terarah kendiri.
















Pelajar berbincang dalam kumpulan, menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru. Pendekatan pembelajaran adalah secara kolaboratif dan koperatif.

Album LDP 23 Jun 2009
























Pembudayaan Sekolah Bestari

Tuesday, June 16, 2009










  1. Pengurusan dan pentadbiran.
  2. Pengurusan mata pelajaran.
  3. Pemantauan p&p.
  4. Pengendalian latihan dalaman.
  5. Publisiti.
  6. Program melestarikan sekolah.
  7. Pendokumentasian.


Program Melestarikan Sekolah



















Program melestarikan sekolah:
  1. Minggu bestari
  2. Laman web sekolah bestari
  3. Seminar / forum / kursus pendek pedagogi bestari
  4. Penubuhan panitia bestari
  5. Bimbingan rakan sekerja
  6. Perbincangan profesional berkala
  7. Perbincangan dalam talian/networking
  8. Pertandingan p&p bestari (guru)
  9. Pertandingan inovasi bahan p&p (guru)
  10. Pertandingan membangun modul/bahan-bahan p&p (pelajar)
  11. Pertandingan rekacipta laman web/blog (guru/pelajar)
  12. Networking.


Lagu Sekolah Bestari

Monday, June 15, 2009
















“JIWA DAN MINDA”


Bermula di sini
Hadapi cabaran dunia
Sehati sekata
Untuk jadi insan berjaya

Suasana harmoni
Menghormati menyayangi
Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan

Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysiaku tercinta.

(Muzik) La..la..la..la..la..
Du..du..du..du..du..du (Ulang)

Menggapai cita bintang kejora
Demi masa hadapan
Amal nilai murni
Dengan cara tersendiri
Didik jiwa minda
Berteraskan I.C.T

Sekolah Bestari
Namamu sentiasa di hati
Keranamu Malaysia
Sebangsa, bersama kita kecapi
Malaysia negara jaya

Ciptaan & Gubahan : Anuar Dahalan
 
Laman Bestari. Citrus Pink Blogger Theme Design By LawnyDesignz Powered by Blogger